awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Mahasiswa, mahaguru… Mahathir ok saja” – PM Anwar bagi 'tutorial' Bahasa Melayu mengenai perkataan 'maha'

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/11/2023
12:42 MYT
“Mahasiswa, mahaguru… Mahathir ok saja” – PM Anwar bagi 'tutorial' Bahasa Melayu mengenai perkataan 'maha'
Sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis, Anwar berkata, sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen Alor Star harus memahami penggunaan perkataan mengikut konteks. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan segelintir pihak bahawa penggunaan perkataan ‘maha’, yang sering beliau gunakan terhadap golongan paling kaya, menyalahi tata cara penggunaannya.
Sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis, Anwar berkata, sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen Alor Star (Afnan Hamimi Taib Azamudden) harus memahami penggunaan perkataan mengikut konteks.
Katanya lagi, banyak perkataan baharu yang semakin banyak digunakan dan diakui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, khususnya istilah yang mengikut peredaran zaman atau mengikut teori Bahasa Melayu – keperihalan keadaan.
“Tak betul, istilah maha tu... mahasiswa boleh pula? Kemudian, ada istilah… Mahathir? Sebab (ada) yang kata tak boleh, sebab (kononnya) ini hukum, ini hanya (terpakai kepada Allah yang Maha Suci, atau paling tidak Maha Mulia kepada Sultan-sultan dan Raja.
“Ini mahasiswa boleh, mahaguru boleh, mahawangsa boleh. Ini kena belajar Bahasa sikit. Macam ketimbang (berbanding). Saya tanya DBP, ada istilah yang mengikut zaman, atau disebut keperihalan keadaan, ini adalah teori bahasa mengikut context of situation.
"Dulu tak ada alaf, mampan, ketelusan. Tetapi bila kita guna, DBP teliti, terutama dalam ucapan belanjawan, DBP rasa sesuai, maka dia kembangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, Anwar menyentuh mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa beliau sengaja mengenakan sistem percukaian yang lebih kepada golongan 'maha kaya', seolah-olah beliau anti kepada golongan tersebut.
“Ada yang bangkitkan kenapa sebut maha kaya. Termasuk (Ahli Parlimen) Alor Star. Saya tidak menentang orang kaya. Maha kaya ini, kerana kategori ini tidak boleh dapat sedekah dan subsidi. Itu saja point saya. Saya tak marah sebab dia kaya. Kita kata program subsidi seperti diesel, minyak, ayam semua ini dapat manfaat kepada golongan kaya.
“Kita nak elak daripada ini berlaku, sebab itu dikatakan sasaran subsidi. Kalaulah dengan cara ini rakyat terbeban, harga gula, tepung, ayam naik, kita masih tidak ubah dasar subsidi, tapi kita beri suntikan tambahan (Sumbangan Tunai Rahmah) yang melibatkan sembilan juta (ketua isi rumah) rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rang Undang-Undang
#Belanjawan 2024
#Bahasa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan