awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah

Bernama
Bernama
13/05/2024
13:51 MYT
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Dr Nungsari Ahmad Radhi sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Zainun Ali yang akan memegang jawatan sebagai pengarah.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Dr Nungsari Ahmad Radhi sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Zainun Ali yang akan memegang jawatan sebagai pengarah.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat pengurusan lapangan terbang itu berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
"Beliau telah berkhidmat terutamanya sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sejak penubuhannya dan seterusnya sebagai pengerusi eksekutif bermula Julai 2018 hingga April 2020.
"Beliau juga merupakan ahli ekonomi yang pada masa ini adalah ahli bukan eksekutif bebas lembaga pengarah Bank Negara Malaysia dan ahli jawatankuasa penasihat dasar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara," katanya.
Sementara itu, MAHB berkata sepanjang berkhidmat sebagai pengerusi, Zainun sangat teliti dalam memastikan piawaian yang tertinggi bagi tadbir urus korporat dan integriti dipertahankan dalam kumpulan, dan melaksanakan peranan penting dalam perbincangan mengenai perjanjian operasi baharu MAHB dengan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#pengerusi
#Nungsari Ahmad Radhi
#Zainun Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan