awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahdzir yakin buku teks Sejarah Tahun 6 sedia sebelum sesi persekolahan bermula

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/12/2015
06:08 MYT
Mahdzir yakin buku teks Sejarah Tahun 6 sedia sebelum sesi persekolahan bermula
Mahdzir yakin buku teks sejarah sedia dicetak menjelang Januari 2016 - Gambar Fail
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin buku teks Sejarah Tahun 6 yang dicetak semula akan sedia untuk diedarkan menjelang sesi persekolahan bermula.
Tegasnya, itu menjadi tanggungjawab syarikat tersebut memandangkan kesalahan tersebut mampu mengelirukan pelajar.
"Buku itu ada kesilapan dari segi peletakan peta. Jadi, kita buat keputusan kerana ada kesilapan, kita minta penerbit cetak semula. InsyaAllah, ia akan sempat dicetak mungkin dalam minggu pertama atau kedua Januari," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan di sini hari ini.
“
Kita buat keputusan kerana ada kesilapan, kita minta penerbit cetak semula
”
- Mahdzir
Semalam, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan kesemua buku teks Sejarah tahun 6 ditarik balik ekoran kesalahan maklumat mengenai kedudukan negeri Melaka dalam peta Semenanjung yang di­cetak pada buku itu.
Topic Berkaitan
#buku teks sejarah
#Buku Teks Tahun 6
#Mahdzir Khalid
#Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan