awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu
Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka 
Kerangka tadbir urus AI negara siap dalam 12 bulan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
05:56 MYT
Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) pada tarikh yang akan ditetapkan. -Gambar fail/Bernama
Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama tiga individu lain berhubung permohonan untuk menghidupkan semula semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan menghentikan peruntukan dana berjumlah RM730,300 kepada Parlimen Muar.
Perkara itu susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan permohonan kebenaran bagi tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq untuk didengar.
Panel berkenaan diketuai oleh Nordin Hassan dan turut dianggotai Lee Swee Seng serta Collin Lawrence Sequerah.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan memenuhi ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.
Panel hakim turut mendengar hujahan daripada peguam Syed Saddiq iaitu Lim Wei Jiet dan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan, sebelum membenarkan permohonan tersebut.
Mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar hujahan penuh berkaitan tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes berkenaan.
Terdahulu, Wei Jiet memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM4 juta telah disalurkan dan diperuntukkan khusus untuk kawasan Parlimen Muar, dengan sebahagian besar dana berkenaan telah dibelanjakan.
Bagaimanapun, menurutnya, peruntukan tersebut dibekukan selepas Syed Saddiq mengumumkan keluar daripada kerajaan Persekutuan.
“Ini bukan keadaan di mana kerajaan Persekutuan mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah peruntukan bagi sesuatu kawasan Parlimen.
“Peruntukan itu telah diberikan, namun ditarik balik hanya kerana kesetiaan politik pemohon pertama berubah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan dana yang telah disalurkan dan ditandakan bagi projek tertentu dalam sistem MyKHAS turut dihentikan, sekali gus memberi kesan kepada pemohon lain iaitu Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri yang mewakili institusi seperti sekolah dan surau di kawasan berkenaan.
Menurutnya, terdapat unsur mala fide dalam tindakan tersebut kerana Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesamarataan mungkin telah dilanggar.
Ini kerana Ahli Parlimen kerajaan lain menerima peruntukan tahunan RM4 juta, namun Syed Saddiq didakwa tidak menerima peruntukan itu sejak 2024.
Tambah Wei Jiet, isu berkaitan perbezaan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen turut melibatkan kepentingan awam dan kini menjadi perbincangan meluas.
“Mahkamah Persekutuan perlu menjelaskan kedudukan undang-undang sama ada perkara ini boleh diadili atau tidak.
“Jika ia tidak boleh diadili, maka pemohon pertama perlu mencari jalan lain untuk mendapatkan peruntukan tersebut,” katanya, sambil memaklumkan bahawa usaha turut dibuat melalui perbahasan di Parlimen serta perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu, Nurhafizza berhujah persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq tidak memenuhi ambang yang ditetapkan di bawah Seksyen 96.
Katanya, isu berkenaan bukan persoalan undang-undang yang penting dan tidak memberi manfaat kepada kepentingan awam, sebaliknya hanya berkaitan kes pemohon semata-mata.
Namun, Wei Jiet tidak bersetuju dengan hujah tersebut.
“Beliau mewakili komuniti yang besar. Bagaimana boleh dikatakan tiada manfaat kepada kepentingan awam? Ia bukan melibatkan seorang individu sahaja, tetapi kepentingan rakyat,” katanya.
Menjawab perkara itu, Nurhafizza berkata isu yang dibangkitkan sebenarnya lebih bersifat dasar kerajaan.
Pada Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Syed Saddiq dan tiga individu lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Disember 2024 yang menolak kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan kerajaan menghentikan peruntukan untuk kawasan Parlimen Muar.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Muar
#Mahkamah Putrajaya
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan