awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah AS putuskan syarikat berhak terima semula bayaran tarif tidak sah

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
04:34 MYT
Mahkamah AS putuskan syarikat berhak terima semula bayaran tarif tidak sah
Dalam penghakiman bersejarah bulan lepas, Mahkamah Agung mengisytiharkan tarif yang dikenakan pentadbiran Trump itu sebagai tidak sah mengikut undang-undang. - Gambar/ AP
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan tamparan hebat dalam pertikaian undang-undang berhubung pelaksanaan tarifnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang hakim di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS di New York pada Rabu memutuskan bahawa pengimport berhak menerima bayaran balik bagi tarif yang telah dibayar, selepas Mahkamah Agung AS baru-baru ini mengisytiharkan pelaksanaan itu sebagai tidak sah.
Plaintif dalam kes berkenaan merupakan sebuah syarikat dari negeri Tennessee.
Dengan memetik undang-undang kecemasan 1977, Presiden AS Donald Trump telah mengenakan tarif terhadap puluhan rakan dagang tanpa kelulusan Kongres sejak permulaan penggal kedua pentadbirannya.
Dalam penghakiman bersejarah bulan lepas, Mahkamah Agung mengisytiharkan tarif itu sebagai tidak sah mengikut undang-undang.
Para hakim berpendapat bahawa undang-undang sedia ada tidak membenarkan seorang Presiden AS mengenakan tarif secara bebas.
Bagaimanapun, mereka tidak memutuskan sama ada kerajaan wajib membayar balik hasil tarif yang telah dikutip daripada pengimport.
Susulan itu, beberapa syarikat termasuk gergasi logistik AS, FedEx, memfailkan tuntutan mahkamah terhadap kerajaan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa di New York bagi mendapatkan semula bayaran tarif itu.
Gelombang tuntutan bayaran balik dijangka berlaku serta-merta selepas keputusan Mahkamah Agung itu.
Mengikut pengiraan oleh University of Pennsylvania, isu ini boleh melibatkan implikasi kewangan kira-kira US$175 bilion kepada Belanjawan Persekutuan AS, atau bersamaan dengan kira-kira 2.5 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#tarif AS
#tarif tidak sah
#Mahkamah Agung AS
#bayaran semula tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan