awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri - MetMalaysia
Agong dipersembah perkembangan hal ehwal agama Johor
Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Victor Chin beri keterangan dalam talian

Astro Arena
Astro Arena
17/04/2026
01:51 MYT
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Victor Chin beri keterangan dalam talian
Victor Chin kini berada di luar Malaysia kerana kebimbangan serius terhadap keselamatan dirinya susulan liputan media yang meluas dan dakwaan awam terhadapnya. - Foto DagangNews
Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Leong untuk memberi keterangan di mahkamah melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
Hakim Leong Wai Hong, dalam menolak permohonan tersebut berkata permohonan Victor Chin hanya dibuat melalui sepucuk surat, dan bukannya melalui proses sewajarnya yang memerlukan afidavit bersumpah disokong oleh Notis Permohonan.
“Tanpa pernyataan bersumpah, permohonan itu ditolak, namun mahkamah menyatakan bahawa walaupun surat boleh dianggap sah, mahkamah tetap akan mempertimbangkan alasan yang dikemukakan.
"Alasan bagi keterangan jarak jauh serta penilaian mahkamah berkaitan kebimbangan daripada liputan media, dakwaan awam dan ancaman yang dikaitkan dengan salah laku korporat yang lebih luas.
“Mahkamah mendapati kebimbangan keselamatan beliau tidak disokong oleh laporan polis atau laporan rasmi, dan tiada waran tangkap atau pertuduhan jenayah dikenakan terhadapnya,” kata hakim itu lapor The Edge.
Hakim Wai Hong turut menekankan keperluan mematuhi prosedur mahkamah yang betul dengan mengemukakan Notis Permohonan, dan bukan sekadar surat.
Pada 8 April, peguam Victor Chin menghantar surat kepada mahkamah bagi memohon supaya beliau memberi keterangan melalui aplikasi Zoom.
Victor Chin mendakwa permohonannya dibuat dengan niat baik, didorong oleh pertimbangan praktikal dan kebimbangan keselamatan yang tulen, serta tidak bertujuan melengahkan, mengganggu atau menjejaskan prosiding.
Beliau kini berada di luar Malaysia kerana kebimbangan serius terhadap keselamatan dirinya susulan liputan media yang meluas dan dakwaan awam terhadapnya.
Kes berkenaan melibatkan saman balas berjumlah RM49.85 juta yang difailkan pada Julai 2023 oleh bekas pengarah anak syarikat kargo milik 80% MMAG Holdings Bhd, iaitu M Jets Sdn Bhd, Gunasekar Mariappan dan Philip Phang terhadap MMAG serta beberapa pihak lain termasuk Victor Chin.
Pertikaian tersebut tercetus selepas kedua-dua individu itu digantung tugas pada Februari 2023 susulan siasatan dan serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pejabat M Jets sebelum dilucutkan jawatan.
MMAG kemudiannya memfailkan saman terhadap mereka pada April atas dakwaan pelanggaran tanggungjawab fidusiari, menuntut ganti rugi RM23.17 juta. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Victor Chin
#Mahkamah Tinggi
#Zoom
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.