awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak bantahan Amzad berhubung petisyen pilihan raya calon BN

Bernama
Bernama
17/02/2023
07:52 MYT
Mahkamah tolak bantahan Amzad berhubung petisyen pilihan raya calon BN
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan awal Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Amzad Hashim terhadap petisyen yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi membatalkan kemenangannya pada PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan awal Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Amzad Hashim terhadap petisyen yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Petisyen pilihan raya tersebut difailkan oleh calon BN Datuk Mohd Zubir Embong.
Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian selepas mempertimbangkan hujahan daripada kedua-dua pihak pada 30 Jan lepas dan juga hujahan bertulis.
Mahkamah menetapkan 20 hari untuk perbicaraan petisyen itu bermula 3 April.
Amzad diwakili barisan peguam Wan Rohimi Wan Daud, Saifuddin Othman, Mohd Nasir Embong dan Azrul Rizal.
Mohd Zubir yang merupakan pempetisyen pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Muhammad Amin Othman, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Norhazira Abu Haiyan.
Pada 3 Jan lepas, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov lepas, iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lepas, Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang PAS apabila Amzad memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petisyen pilihan raya calon BN
#Ahli Parlimen Kuala Terengganu
#PRU15
#Amzad Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan