awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan

Bernama
Bernama
17/05/2024
06:31 MYT
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
KESUMA memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja Johor, kini dalam proses menguatkuasakan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh dengan tindakan pendakwaan ke atas majikan di Mahkamah Sesyen.
PUTRAJAYA: Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor pada Februari lepas, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji lebih RM1 juta kepada 733 pekerja terlibat.
Majikan itu diberi tempoh 45 hari untuk melunaskan pembayaran tunggakan gaji berjumlah RM1,035,557.50, namun gagal berbuat demikian.
Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor, kini dalam proses menguatkuasakan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh dengan tindakan pendakwaan ke atas majikan di Mahkamah Sesyen.
Menurut kenyataan KESUMA, pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen S69(4) Akta Kerja 1955 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap kesalahan dan perlu membayar tunggakan para pekerja terlibat.
"Sejumlah 10 kertas siasatan telah dibuka ke atas syarikat yang terbabit, di mana empat daripadanya telah mendapat izin dakwa dan selebihnya diberi arahan lanjut," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
KESUMA memaklumkan selain itu, kuota pengambilan pekerja asing bagi syarikat tersebut turut telah dibatalkan dan majikan disenarai hitam dari permohonan penggajian pekerja asing baharu.
Manakala seramai 692 pekerja asing yang terbabit, telah diberikan pekerjaan melalui Proses Pertukaran Majikan (PTM) Khas, menurut kenyataan itu.
Pada 5 Feb, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menjalankan prosiding pendengaran tuntutan kes buruh yang melibatkan seramai 733 pekerja asing di Pengerang.
Pada prosiding berkenaan, pihak syarikat telah diarahkan dan bersetuju untuk membuat pembayaran tunggakan gaji kepada pekerja asing ang dibawa masuk ke negara ini secara sah, tetapi gagal diberikan pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan tipu pekerja asing
#Kementerian Sumber Manusia
#pengerang
#tunggakan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan