awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
UCL: Gol Luis Diaz, Harry Kane pacu Bayern Munich tumbangkan Real Madrid di Santiago Bernabeu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Negara lulus Pelan Transformasi PBT

Hilal Azmi
Hilal Azmi
23/02/2016
12:55 MYT
Majlis Negara lulus Pelan Transformasi PBT
Pelan Transformasi PBT bakal memantapkan perkhidmatan PBT - Foto Bernama
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan hari ini meluluskan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.
Pelan ini merupakan gerak kerja strategik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT dalam semua aspek dan mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan kepada penduduk setempat.
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, usaha ini penting memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan adalah badan paling dekat dengan rakyat setempat.
"Kita kena ingat bahawa di Malaysia kini terdapat 70 peratus rakyat yang tinggal di kawasan perbandaran.
"Begitu juga dengan perkhidmatan yang diberikan, walaupun PBT merupakan satu entiti yang berkait rapat kerajaan negeri, tetapi kita juga tahu banyak perkhidmatan yang disediakan kini disediakan oleh kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pelan tersebut didokong menerusi enam teras yang meliputi pembangunan modal insan, kecekapan perkhidmatan, pengukuhan kewangan, kesejahteraan rakyat, penglibatan rakyat dan komunikasi berkesan.
Mesyuarat tersebut juga turut mempertimbangkan empat kertas lain dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Ahmad Zahid Hamidi
#pihak berkuasa tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan