awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian

Bernama
Bernama
05/08/2024
21:30 MYT
Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian
Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian. - Gambar hiasan/REUTERS
NEGOMBO: Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian, kata syarikat keselamatan siber global Kaspersky.
Menurutnya, lebih daripada suku bilion ancaman dalam talian dikesan di rantau berkenaan bagi tempoh Januari hingga Julai 2024.
Pengarah Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky, Igor Kuznetsov berkata ancaman dalam talian merujuk kepada pengguna yang menghadapi ancaman dalam talian melalui muat turun daripada Internet dan pancing data secara dalam talian.
Beliau berkata Filipina mendahului senarai itu yang melibatkan sejumlah 39.4 peratus pengguna terjejas.
"Ini diikuti oleh Nepal (36.8 peratus), Sri Lanka (34.9) peratus, Malaysia di tempat keempat iaitu 31.4 peratus dan New Zealand (30.9 peratus)," katanya dalam sesi pembentangan pada Minggu Keselamatan Siber Kaspersky Apac 2024 di sini pada Isnin.
Kuznetsov berkata Kaspersky turut mengesan lebih 340 juta ancaman tempatan, yang merujuk kepada pengesanan menerusi muat turun fail daripada media luaran seperti pemacu pena di komputer atau peranti mudah alih.
"Mengenai pengguna yang terjejas dengan ancaman tempatan yang dikesan pada peranti mudah alih, Myanmar mendahului senarai dan menduduki tempat kelapan di peringkat global dengan mencatat 49.8 peratus, diikuti Vietnam (46.1 peratus), China (43.8 peratus), Nepal (43.8 peratus) dan Laos ( 40.4 peratus)," katanya.
Kuznetsov berkata antara ancaman yang dikesan adalah melibatkan lebih dua juta pencuri kata laluan, lebih sejuta serangan perisian tebusan, dan lebih 7.5 juta melalui pintu belakang.
"Melalui ancaman dalam talian ini, kami menghalang lebih 60 juta serangan RDP (protokol desktop jauh)," katanya.
Sementara itu, menurut Kaspersky, kira-kira 22 peratus pengguna di Apac berdepan ancaman mudah alih, dengan lebih 16 peratus daripadanya adalah pencuri kata laluan mudah alih.
"Kira-kira 15 peratus daripada 16 peratus itu adalah trojan bank. Ini bererti mereka (pencuri) boleh mencuri wang daripada pengguna.
"Daripada semua pengesanan untuk tahun ini, kebanyakannya dari Taiwan iaitu 51.67 peratus, diikuti China (17.04 peratus) dan India (9.88 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Asia Pasifik
#terjejas ancaman dalam talian
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan