awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines lancar laluan baharu ke Shenzhen, Changsha mulai Julai 2026

Faye Kwan
Faye Kwan
03/04/2026
04:59 MYT
Malaysia Airlines lancar laluan baharu ke Shenzhen, Changsha mulai Julai 2026
Kapten Nasaruddin A Bakar berkata peluasan rangkaian itu akan mengukuhkan kehadiran syarikat penerbangan berkenaan di pasaran utama dalam beberapa bulan akan datang. - Gambar fail
Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar berkata peluasan rangkaian itu akan mengukuhkan kehadiran syarikat penerbangan berkenaan di pasaran utama dalam beberapa bulan akan datang.

“Peluasan ini menandakan destinasi kelapan dan kesembilan kami di pasaran China, yang terus mencatat prestasi kukuh bagi MAG dengan purata faktor muatan sebanyak 85 peratus pada suku pertama 2026.

“Dengan sokongan pengaturan pengecualian visa bersama antara kedua-dua negara, pertumbuhan ini membolehkan kami memanfaatkan peningkatan permintaan dalam salah satu pasaran pelancongan paling dinamik di dunia,” katanya dalam ucapan pada majlis pengumuman rangkaian MAG di sini, hari ini.

Nasaruddin turut berkata syarikat penerbangan itu akan menyambung semula penerbangan ke Fukuoka, Jepun, bermula Julai tahun ini, sekali gus menjadikannya destinasi ketiga di Jepun selepas Tokyo dan Osaka.

“Laluan sedia ada kami ke Jepun merekodkan faktor muatan sekitar 90 peratus pada suku pertama 2026, mencerminkan permintaan perjalanan yang kukuh dan berterusan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata penyambungan semula laluan ke Fukuoka turut disokong oleh peluang perniagaan dan industri yang kukuh, khususnya industri semikonduktor yang telah lama bertapak di Pulau Kyushu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial MAG, Dersenish Aresandiran berkata Malaysia Airlines turut meningkatkan kekerapan penerbangan bagi beberapa laluan utama, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di ASEAN, Asia Selatan, Australia dan New Zealand, di samping menambah baik kesalinghubungan bagi menyokong permintaan perjalanan yang semakin meningkat.

“Peningkatan kekerapan penerbangan itu turut melibatkan laluan seperti Brisbane, Manila dan Colombo, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada penumpang yang melakukan perjalanan untuk tujuan percutian mahupun urusan perniagaan,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#laluan baharu
#China
#konflik Asia Barat
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan