awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bangkit isu ancaman militan di IMCTC

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/11/2017
09:31 MYT
Malaysia bangkit isu ancaman militan di IMCTC
HISHAMMUDDIN berkata Malaysia akan membangkitkan isu ancaman keganasan militan di negara ASEAN dalam mesyuarat pertama IMCTC. - Gambar fail
Malaysia akan membangkitkan isu ancaman keganasan militan di negara ASEAN dalam mesyuarat pertama Majlis Menteri-Menteri Pertahanan Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) yang akan berlangsung di Riyadh, esok.
Menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penekanan terhadap isu itu penting bagi memaklumkan pakatan berkenaan betapa seriusnya ancaman militan di rantau ASEAN.
Malah tegasnya, cubaan militan Daish untuk mewujudkan pangkalan di Selatan Filipina bukti rantau ini berdepan ancaman serius.
"Saya akan cerita kepada mereka bahawa kita di sini juga berdepan dengan ancaman yang perlu mendapat kerjasama dan input dari mereka yang menghadapi keganasan di Timur Tengah.
"Malah kejadian letupan dan serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 235 jemaah di Masjid Rawda ketika khutbah Jumaat semalam membuktikan tiada negara yang terkecuali daripada ancaman keganasan militan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Boothcamp eRezeki dan eUsahawan Sembrong, di sini.
IMCTC adalah satu bentuk pakatan negara islam dalam memerangi keganasan yang disertai 41 negara anggota.
Mesyuarat pertama IMCTC akan dirasmikan Putera Mahkota merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Al-Saud.
Tambahnya, penting bagi negara-negara ASEAN terus bersatu-padu dan bersepakat dalam menangani ancaman keganasan militan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#ASEAN
#bom
#daish
#Filipina
#Hishammuddin Hussein
#Islam
#keganasan
#letupan
#militan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan