awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS

Bernama
Bernama
08/02/2023
01:30 MYT
Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS
Mohammad (kanan) dan Steve Lang mengadakan kunjungan hormat di luar Mesyuarat Pegawai Kanan Digital ASEAN Ketiga di Boracay, Filipina, 7 Feb 2023. --fotoBERNAMA
BORACAY (Filipina): Malaysia berminat meneroka teknologi baharu dalam 5G serta bidang penyiaran dari Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Seri Mohammad Mentek.
Semasa kunjungan hormat oleh delegasi AS di luar Mesyuarat Pegawai Kanan Digital ASEAN Ketiga (ADGSOM) di sini semalam, Mohammad bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital dan menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.
Beliau turut bercakap mengenai keselamatan siber, perlindungan data dan program antipenipuan sambil menekankan bahawa Malaysia berminat untuk meneroka kesemua bidang ini.
Pada mesyuarat itu, Timbalan Penolong Setiausaha bagi Dasar Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa AS Steve Lang, yang mengetuai delegasi negara berkenaan, mempelawa Malaysia menyertai satu siri bengkel bermula dengan Memudahkan Aliran Data Rentas Sempadan di Asia Tenggara.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Antarabangsa KKD Mano Verabathran dan Pegawai Ekonomi Misi AS ke ASEAN Henry Fung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teknologi baharu
#Mohammad Mentek
#Amerika Syarikat
#5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan