awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Sri Lanka akan mengukuhkan hubungan dua hala

Bernama
Bernama
21/09/2023
05:03 MYT
Malaysia dan Sri Lanka akan mengukuhkan hubungan dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini. - Foto Bernama
NEW YORK: Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe di New York hari ini.
"Dalam mesyuarat, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya selepas mesyuarat itu.
Ini termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan sumber manusia, kata Anwar yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama sedia ada.
"Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Sri Lanka," kata Anwar.
Selain Wickremesinghe, Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi pada hari pertamanya di bandar raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan Malaysia Sri Lanka
#Anwar Ibrahim
#Presiden Sri Lanka
#Ranil Wickremesinghe
#New York
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan