awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa gencatan senjata di Asia Barat

Bernama
Bernama
25/03/2026
09:15 MYT
Malaysia gesa gencatan senjata di Asia Barat
Malaysia menzahirkan harapan untuk pelaksanaan segera gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan bagi meredakan ketegangan di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran. - Gambar fail
Malaysia menzahirkan harapan untuk pelaksanaan segera gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan bagi meredakan ketegangan di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu disampaikan semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi, pada Selasa.
“Alhamdulillah, saya dapat bercakap dengan rakan sejawatan saya dari Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi, pada Selasa (24 Mac) untuk membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat, termasuk kepentingan menjaga laluan maritim di Selat Hormuz demi kestabilan ekonomi dan tenaga global,” katanya dalam catatan Facebook pada Rabu.
Mohamad berkata menerusi perbualan itu beliau turut menekankan kepentingan dialog dan diplomasi dalam meredakan ketegangan bagi menamatkan peperangan, yang amat diperlukan ketika ini.
“Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam usaha diplomatik untuk mempromosikan keamanan dan keselamatan serantau,” katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata beliau juga mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Oman, Sayyid Badr bin Hamad Al Busaidi, mengenai situasi di negara-negara Teluk dan kebimbangan Malaysia terhadap serangan berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis dan AS terhadap Iran.
“Malaysia turut menyatakan sokongannya terhadap usaha pengantaraan Oman dan menyatakan harapan bahawa rundingan melalui saluran diplomatik akan dapat menamatkan perang dengan segera,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Malaysia
#konflik Asia Barat
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan