awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan - PM Anwar

Bernama
Bernama
25/03/2026
15:59 MYT
Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Malaysia menggesa supaya pelaksanaan gencatan senjata konflik di Asia Barat diperluas merangkumi Lubnan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata gesaan itu disuarakan beliau dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam memandangkan negara itu terjejas teruk, dengan kira-kira satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal serta lebih 1,000 mangsa terkorban.
“Saya menegaskan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan Lubnan, mengutuk serangan ke atas infrastruktur awam serta menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog, di samping menyentuh situasi kemanusiaan yang semakin mendesak,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam perbualan itu, Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan sejawatnya serta menzahirkan penghargaan atas sokongan kerajaan Lubnan dalam menjaga keselamatan dan kebajikan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
“Mengakhiri perbualan, saya menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Lubnan dan rakan antarabangsa dalam memulihkan keamanan dan kestabilan serantau,” kata beliau.
Media melaporkan Israel telah membedil Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan negara itu sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hizbullah, yang disokong Iran pada 2 Mac lepas.
Pihak berkuasa Lubnan menyatakan sekurang-kurangnya 1,039 orang telah terkorban, manakala 2,876 lagi cedera dalam serangan Israel setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#lubnan
#Nawaf Salam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan