awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
10/02/2026
06:00 MYT
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Hubungan dua hala antara Malaysia dan India terus diperkasa melalui peningkatan kerjasama strategik merentas sektor termasuk perdagangan, teknologi tinggi, pelancongan, keselamatan siber dan kestabilan keselamatan serantau.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lawatan rasmi Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia baru-baru ini merupakan manifestasi komitmen kedua-dua negara untuk merapatkan lagi hubungan yang dinaik taraf kepada status Rakan Strategik Komprehensif pada 2024.
"Berdagang dengan India ini menguntungkan Malaysia kerana India mengimport banyak barang dari Malaysia dan majoriti yang kita eksport ke India itu dalam bentuk minyak kelapa sawit dan juga barang elektrik dan elektronik serta semikonduktor.
"Kita juga mengimport barang-barang semikonduktor dan barang-barang industri dari India. Jadi, ini merupakan asas kukuh yang telah pun diasaskan antara Malaysia-India," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai hasil perdagangan dan keselamatan serantau susulan lawatan Perdana Menteri India ke Malaysia, dan sejauh manakah langkah bersama yang boleh diambil oleh Malaysia dan India terhadap pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat dan usaha memulihkan demokrasi dan keamanan di Myanmar.
Menyentuh aspek keselamatan, Mohamad berkata Malaysia dan India menggunakan pesawat pejuang atau pesawat tempur jenis Sukhoi yang sama, sekali gus membuka ruang kerjasama dalam aspek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
Selain itu, beliau berkata inisiatif sedang dilaksanakan untuk menyelaras dan memudahcarakan kemudahan asas bagi pelancong dari India dan Malaysia melawat kedua-dua negara, dengan seramai 1.56 juta pelancong dari India melawat Malaysia pada tahun lepas.
Mohamad berkata kedua-dua negara juga menzahirkan komitmen bersama untuk melihat kestabilan politik dan keamanan kembali pulih di Myanmar.
Katanya, ia memandangkan India mempunyai sempadan darat sepanjang lebih 1,640 kilometer dengan Myanmar, manakala Malaysia turut menerima kesan limpahan lebih 200,000 pelarian Rohingya di serata negara termasuk di Langkawi.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#hubungan Malaysia India
#kestabilan serantau
#Mohamad Hasan
#Hubungan dua hala
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan