awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jadi negara hebat Asia jika Kerajaan Perpaduan perintah lima tahun - PM

Bernama
Bernama
11/08/2023
07:22 MYT
Malaysia jadi negara hebat Asia jika Kerajaan Perpaduan perintah lima tahun - PM
Anwar berkata, keyakinan itu adalah susulan rekod prestasi kerajaan yang telah membela isu rakyat pelbagai lapisan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk kepimpinan negara lapan bulan lepas. - Gambar fail
BALIK PULAU: Malaysia akan menjadi sebuah negara hebat di Asia jika Kerajaan Perpaduan terus mentadbir negara bagi tempoh lima tahun lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keyakinan itu adalah susulan rekod prestasi kerajaan yang telah membela isu rakyat pelbagai lapisan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk kepimpinan negara sejak lapan bulan lepas.
"Baik padi, baik getah, rumah polis, rumah tentera, gaji penjawat awam, nelayan kita cuba maksimum dalam masa lapan bulan.
"Bayangkan kalau kita boleh perintah lima tahun, insya-Allah Malaysia akan jadi hebat sebagai satu negara Asia," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari di gerai Gulai Kalut Hot Stall, di sini.
Anwar berkata kerajaan kini dalam pelbagai perancangan untuk rakyat negara ini termasuk membela gaji pekerja swasta dan berjanji akan melaksanakannya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#Asia
#negara hebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan