awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim

Bernama
Bernama
02/06/2017
13:33 MYT
Malaysia kesal keputusan AS tarik diri daripada perjanjian iklim
WAN JUNAIDI: Malaysia masih berharap bahawa pentadbiran AS akan terus menyokong kesepakatan mengenai pelaksanaan Perjanjian Paris
Malaysia melahirkan rasa kesal yang mendalam dan amat bimbang terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa AS ialah penyumbang utama kepada tindakan iklim.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penarikan diri AS merupakan pembatasan serius kepada usaha-usaha pelaksanaan yang diperlukan bagi negara membangun untuk meningkatklan langkah-langkah penyesuaian dan tindakan mitigasi.
Selain itu, katanya, tindakan AS itu akan menghalang usaha oleh negara-negara membangun bagi membina kapasiti yang diperlukan untuk pelaksanaan tindakan ini dan meningkatkan ketelusan bagi melaporkan mengenai Nationally Determined Contribution (NDC).
"Malaysia masih berharap bahawa pentadbiran AS akan terus menyokong kesepakatan mengenai pelaksanaan Perjanjian Paris sebagai satu-satunya cara berdaya maju ke hadapan untuk menangani krisis iklim," kata Wan Junaidi.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan menarik keluar AS daripada perjanjian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#Perjanjian Paris
#perubahan iklim
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan