awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
02/03/2026
08:01 MYT
Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi
Chang turut menegaskan bahawa tiada lagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu akan dibenarkan pada masa hadapan.- Facebook MOSTI
Kerajaan melanjutkan lesen operasi syarikat perlombongan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) selama 10 tahun bermula esok hingga 2 Mac 2036, menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang.
Namun begitu, kelulusan lesen operasi penuh (FOL) keenam itu tertakluk kepada syarat lebih ketat.
"Bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang melebihi had kawalan di bawah Akta 304... selepas tempoh lima tahun pertama, hendaklah dihentikan sepenuhnya.
"Residu radioaktif yang dihasilkan dalam tempoh tersebut hendaklah dineutralkan melalui pengekstrakan thorium atau kaedah rawatan yang diluluskan ke tahap kurang daripada satu becquerel per gram," katanya dalam sidang media di Bilik Media Parlimen pada Isnin.

Chang turut menegaskan bahawa tiada lagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu akan dibenarkan pada masa hadapan.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) lantang mengkritik operasi Lynas dan pernah terlibat dalam kempen menggesa penutupan kilang tersebut atas faktor keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar.

Mengulas tentang perkara itu, Chang berkata keputusan kerajaan meluluskan lesen itu bukan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat.

"Ini bukan satu bentuk pengkhianatan... kita sudah berikan pendirian jelas bahawa tiada lagi PDF baharu di masa depan dan penghasilan residu WLP akan dihentikan selepas lima tahun pertama iaitu sampai 2031.

"Jadi saya rasa ini adalah perkara yang bagus dan kita akan mencapai sasaran kita pada 2031. Ini adalah satu komitmen kerajaan kepada rakyat Malaysia dan juga pada masa sama kepada pelabur luar negara sekiranya mereka melakukan apa yang ada dalam syarat lesen itu, mereka boleh terus beroperasi," jelasnya.

Topic Berkaitan
#Lynas
#MOSTI
#Chang Lih Kang
#nadir bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan