awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS

Bernama
Bernama
27/01/2023
19:57 MYT
Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hala tuju baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' baru-baru ini, disifatkan sebagai penting bagi tujuan pertumbuhan serta mengurangkan jurang ketidaksamaan.
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Malah, penekanan turut diberikan bahawa perancangan rasionalisasi subsidi perlu berpandukan dapatan bukti serta data terkini yang tersedia.
"Usaha sebegini amat diperlukan bagi penyatuan fiskal dalam jangka masa sederhana," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Namun, IDEAS mengingatkan bahawa sekiranya penyatuan fiskal tidak dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rancangan jangka sederhana, hutang negara berkemungkinan akan terus meningkat dan mengehadkan ruang dasar fiskal apabila berlaku kegawatan ekonomi, sekali gus memberi kesan kepada golongan rentan secara tidak seimbang, khususnya ketika krisis.
Atas alasan itu, IDEAS percaya usaha penyatuan fiskal sedemikian adalah penting memandangkan impak pandemik yang tidak seimbang terhadap golongan rentan sedia ada.
Ketika menegaskan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Tricia Yeoh berkata peningkatan hutang negara kepada RM1.5 trilion, memerlukan kerajaan untuk melaksanakan satu bentuk penyatuan fiskal bagi mengelak defisit berlebihan dalam jangka panjang serta mendapatkan kedudukan belanjawan yang mampan.
"Bagi menyokong proses ini, satu bentuk rasionalisasi subsidi harus dijalankan dalam memastikan subsidi bersasar kepada penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan terjejas," katanya.
Dalam jangka panjang, beliau berkata kerajaan perlu komited kepada Akta Tanggungjawab Fiskal untuk memperkukuh disiplin kewangannya dan memupuk kemampanan fiskal.
Selain itu, IDEAS juga menantikan pembentangan semula Bajet 2023 yang dijadualkan pada 24 Feb 2023 bagi melihat bagaimana tema 'Membangun Malaysia Madani' dicerminkan dalam dokumen dasar penting pertama kerajaan baharu yang turut menetapkan keutamaannya bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ideas
#Malaysia Madani
#Tricia Yeoh
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan