awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pastikan ASEAN bersatu demi kestabilan, keamanan serantau - PM

Bernama
Bernama
29/07/2025
22:10 MYT
Malaysia pastikan ASEAN bersatu demi kestabilan, keamanan serantau - PM
Anwar berkata, ASEAN akan terus bersuara, menjamin kerukunan dan memimpin dengan ketegasan, dan tidak sekadar mengikut susun atur orde global. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia akan memastikan ASEAN lebih tegap serta melangkah sederap atau seiring demi kestabilan, kemakmuran dan keamanan sejagat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Malaysia komited memacu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mempercepat Grid Tenaga ASEAN serta memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN bagi menjamin masa depan ekonomi yang terbuka, adil dan lestari untuk 660 juta rakyat di rantau ini.
"Justeru, ASEAN akan terus bersuara, menjamin kerukunan dan memimpin dengan ketegasan dan tidak sekadar mengikut susun atur orde global," kata beliau menerusi hantaran di Facebook semalam.
Perdana Menteri berkata, dunia kini dirundung ketegangan kuasa besar, perlumbaan geoekonomi yang melelahkan dan keruntuhan multilateralisme.
Anwar berkata, sehubungan itu, ASEAN tidak boleh melemah, berpecah dan ketinggalan sebaliknya mesti bersatu bagi memperkukuh peranan ASEAN serta memastikan suara rantau ini terus dihormati.
Sebagai contoh, beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 telah memimpin usaha mendamaikan Kemboja dan Thailand, yakni dua negara tetangga yang hampir terseret ke kancah konflik yang lebih dahsyat.
"Dengan penglibatan aktif China dan Amerika Syarikat, kita berjaya capai persetujuan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat.
"Ini bukti betapa diplomasi mesti memayungi usaha kita menjelmakan keamanan dan kepimpinan yang tegas," katanya.
Anwar, yang kini dalam lawatan kerja ke Indonesia turut memaklumkan, beliau tampil buat julung kalinya di Gedung Sekretariat ASEAN yang berpusat di Jakarta bersempena peranan penting Malaysia selaku Pengerusi blok itu tahun ini.
"Ia antara lain menggariskan serta menonjolkan lambang komitmen kita yang tidak berbelah bahagi terhadap cita dan semangat ASEAN yang kental dan luhur," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#keamanan sejagat
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan