awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS, rakan lain - PM Anwar

Bernama
Bernama
30/04/2025
16:56 MYT
Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS, rakan lain - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) pada Rabu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengimbangkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) serta negara lain, dan pada masa sama menggalas amanah kepengerusian ASEAN untuk memacu pertumbuhan serantau.

Ringkasan AI
  • Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS sambil galas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN.
  • Anwar pengerusikan mesyuarat NGCC untuk bincang strategi eksport ke AS.
  • Mesyuarat susulan pertemuan Zafrul dengan wakil perdagangan AS berhubung isu tarif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu juga adalah kesempatan untuk kerajaan memangkin usaha menyusun semula struktur ekonomi negara, membina asas yang lebih kukuh, kalis cabaran, dan berdaya saing dalam dunia yang kian tidak menentu.
"Petang tadi saya mempengerusikan mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) untuk membincangkan strategi memperkukuh kedudukan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).
"Mesyuarat ini diadakan susulan pertemuan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dengan Setiausaha Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS minggu lalu, yang menjadi langkah penting dalam memastikan suara Malaysia terus didengari dalam landskap perdagangan global yang semakin mencabar," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebagai rekod, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer minggu lepas untuk membincangkan isu tarif perdagangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imbangi hubungan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan