awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia #QuranHour: Gerakan pengukuhan negara dengan Al-Quran - Hussamuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/08/2018
07:24 MYT
Malaysia #QuranHour: Gerakan pengukuhan negara dengan Al-Quran - Hussamuddin
HUSSAMMUDDIN: #QuranHour dianjurkan untuk melahirkan sebuah budaya untuk orang-orang Islam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. - Gambar Sinar Harian
Aktiviti berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal, Malaysia #QuranHour merupakan gerakan kepada seluruh rakyat Malaysia mengukuhkan negara dengan nilai-nilai mulia daripada al-Quran.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh yayasan itu juga bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.
"Tujuan kita menganjurkan #QuranHour ini untuk melahirkan sebuah budaya untuk orang-orang Islam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.
"Ini kerana banyak petunjuk-petunjuk untuk menguruskan diri, keluarga, syarikat dan organisasi serta menguruskan negara termasuk membina tamadun ada di dalam al-Quran.
"Tahun ini kita ambil surah al-Naml, di dalam itu ditunjuk bagaimana Nabi Sulaiman membina negara melalui proses-proses yang disebut di dalam al-Quran," katanya semasa ditemui selepas taklimat Malaysia #QuranHour kepada wakil media di Shah Alam.
Malaysia #QuranHour kali ke-4 ini bertemakan 'Sembilan Budaya Membina Tamadun' yang diambil daripada Surah Al-Naml sekali gus kesinambungan daripada penghayatan Surah Hujurat dalam siri sebelum ini.
Ia akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Ogos bermula jam 10.30 pagi sehingga 1 petang.
Hussammuddin turut berharap penyertaan dalam Malaysia #QuranHour tanpa mengira di mana umat Islam berada.
"Saya dengan ini menyeru semua orang-orang Islam untuk menyertai program ini, buatlah di mana-mana sahaja, rumah, sekolah, masjid dan di mana-mana sahaja.
"Jika ada dalam perjalanan, berhenti di RnR sekejap, pegang al-Quran, berinteraksi dengan al-Quran dan baca terjemahan. Kita bentuk satu budaya, apa yang kita harap, setiap oang Islam dia meluangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari berinteraksi dengan al-Quran,
'Jika diamalkan, ia membuat orang Islam ada sebuah karakter dan dapat menanamkan 'sistem operasi' baru dalam jiwa orang Islam," jelasnya.
Kempen #QuranHour merupakan satu inspirasi agar manusia mampu melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka Al-Quran.
Antara kempen-kempen utama yang dijalankan WUIF adalah World #QuranHour, Malaysia #QuranHour, Arafah #QuranHour dan My Family #QuranHour.
Topic Berkaitan
#al-Naml
#Islam
#QuranHour
#tamadun
#WUIF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan