awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini

Bernama
Bernama
28/07/2024
21:45 MYT
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Mohamad menekankan bahawa persaingan kuasa besar menghalang kemajuan dalam ARF dan menegaskan keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya platform ARF bagi menggalakkan dialog dan perundingan yang membina. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar satu Pelan Tindakan (POA) Forum Serantau ASEAN (ARF) yang baharu diadakan atau ia dikemas kini, memandangkan pelan tindakan semasa akan tamat pada 2025 selain mengambil kira landskap keselamatan yang semakin berkembang.
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
Seruan itu adalah untuk mencerminkan realiti semasa dan memastikan ARF kekal relevan sebagai forum keselamatan serantau terkemuka di rantau Asia-Pasifik, memandangkan landskap keselamatan yang semakin berkembang, kata kementerian dalam hantaran itu.
"Menteri Luar menekankan bahawa persaingan kuasa besar menghalang kemajuan dalam ARF dan menegaskan keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya platform ARF bagi menggalakkan dialog dan perundingan yang membina," kata Kementerian Luar.
Mohamad juga menyeru kuasa-kuasa besar untuk mengambil tanggungjawab dan bertindak sebagai kuasa penstabil bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.
Beliau menggesa Mesyuarat itu untuk memperbaharui komitmen terhadap perintah antarabangsa yang berasaskan peraturan, katanya dalam hantaran itu.
ARF kini terdiri daripada 27 peserta. Mereka adalah kesemua 10 negara anggota ASEAN, Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah (EU), India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat, Bangladesh, Korea Utara, Mongolia, Pakistan, Sri Lanka, Papua New Guinea dan Timor-Leste.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Pelan Tindakan ARF
#Mohamad Hasan
#Forum Serantau Asean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan