awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
10/07/2024
07:16 MYT
Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, setakat Jun lepas, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun hadapan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata setakat Jun lepas, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun hadapan.
"Ini satu penghormatan kepada Malaysia dan pelbagai program telah disiapkan. Kita telah mengenal pasti tempat-tempat dan Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) 2025 sebagai sekretariat utama akan memantau serta menguruskan logistik dan substantif," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mengenai persediaan kerajaan untuk menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan, serta perkara utama yang ingin dicapai dalam tempoh Malaysia menjadi pengerusi.
Selain Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad berkata jawatankuasa peringkat menteri turut diwujudkan sebagai persediaan.
Menjawab soalan tambahan Amirudin mengenai cara Malaysia meningkatkan penyertaan rakyat kepada rakyat menerusi kepengerusian ASEAN 2025, Mohamad berkata ia sememangnya menjadi hasrat kerajaan supaya faedah menjadi tuan rumah turut dirasai usahawan, dagangan dan negeri yang terlibat menerima tetamu untuk memperlihatkan kekayaan budaya serta sektor ekonomi negara.
Mohamad berkata ia akan diperkasakan dengan penglibatan pihak swasta dan usahawan yang diuruskan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia untuk menganjurkan seminar serta libat urus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Malaysia
#Pengerusi ASEAN
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan