awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegas desak COC Laut China Selatan tanpa campur tangan luar – PM Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/04/2026
09:00 MYT
Malaysia tegas desak COC Laut China Selatan tanpa campur tangan luar – PM Anwar
Anwar (foto) menegaskan Malaysia kekal konsisten mempertahankan hak dan kebebasan negara dalam menyelesaikan perbezaan secara aman, selain terus mendesak pemuktamadan COC antara ASEAN dan China sebagai langkah penting bagi menjamin kestabilan dan keselama
Malaysia akan terus mendesak pelaksanaan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan tanpa campur tangan kuasa luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, pendekatan itu turut diguna pakai dalam menangani isu di kawasan strategik lain termasuk Selat Melaka dan Lautan Hindi, dengan menekankan kepentingan kerjasama serantau tanpa campur tangan pihak luar.
"Kita berpandangan ASEAN harus memimpin dalam isu yang melibatkan rantau ini kerana ia membabitkan negara anggota sendiri.
"Kami akan bertemu semula dengan pemimpin ASEAN di Filipina bulan depan. Kami akan menyampaikan perkara yang sama, kami akan menuntut Kod Tatalaku antara ASEAN dan China yang dipersetujui untuk mengamankan dan menyelesaikan masalah ini tanpa campur tangan kuasa lain.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab Dialog Kuala Lumpur–Ankara 2026, di sini, pada Selasa.
Anwar menegaskan Malaysia kekal konsisten mempertahankan hak dan kebebasan negara dalam menyelesaikan perbezaan secara aman, selain terus mendesak pemuktamadan COC antara ASEAN dan China sebagai langkah penting bagi menjamin kestabilan dan keselamatan di Laut China Selatan.
"Adalah penting untuk kita menyelesaikan isu ini secara aman tanpa campur tangan luar, selaras dengan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan negara," katanya.
Mengulas hubungan dengan kuasa besar, Anwar berkata Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai negara termasuk India dan China.
Beliau berkata, Malaysia turut menggalakkan penglibatan rakan strategik seperti India dalam isu serantau, namun menegaskan bahawa hal berkaitan ASEAN perlu diuruskan oleh negara anggota sendiri.
Dalam masa sama, katanya, Laut China Selatan sering diketengahkan sebagai isu besar di peringkat antarabangsa, khususnya oleh negara Barat, namun Malaysia berpandangan keadaan di rantau ini masih terkawal.
"Hubungan kita dengan China adalah baik merangkumi perdagangan, ekonomi dan pertahanan, tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan konflik," katanya.
Topic Berkaitan
#Laut China Selatan
#Anwar Ibrahim
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan