awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun

Bernama
Bernama
22/01/2021
12:44 MYT
Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun
Datuk Seri Dr Adham Baba berterima kasih kepada kerajaan Jepun kerana bermurah hati menghulurkan bantuan tersebut di bawah Geran Bantuan Jepun. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana bermurah hati menghulurkan bantuan tersebut di bawah Geran Bantuan Jepun.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan kepada Malaysia dalam situasi berpanjangan dan mencabar dalam memerangi pandemik COVID-19," katanya pada majlis pertukaran nota peruntukan peralatan perubatan yang diadakan secara maya hari ini.
Kerajaan Jepun diwakili dutanya di Malaysia, Hiroshi Oka.
'Sumbangan peralatan perubatan ini akan membantu meningkatkan keupayaan persediaan dan kapasiti fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga akan membantu usaha kita untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pada waktu pandemik ini," katanya.
Oleh itu ,katanya, beliau berharap kerjasama dua hala dalam bidang penjagaan kesihatan dan sektor lain akan terus dipertingkatkan ketika kedua-dua negara mengharungi pandemik global ini.
Menyentuh program vaksinasi COVID-19, Dr Adham berharap rakyat Malaysia di negara itu akan turut tersenarai dalam program tersebut dan Malaysia juga akan menyediakan kemudahan itu kepada rakyat Jepun yang tinggal di negara ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Malaysia
#peralatan perubatan
#kerajaan Jepun
#pandemik
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan