awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tersisih 10 tahun dari landasan pembangunan - Kamal Salih

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/04/2019
05:15 MYT
Malaysia tersisih 10 tahun dari landasan pembangunan - Kamal Salih
Kamal Salih (tiga, kiri) berkata kerajaan ketika ini berdepan cabaran baharu dalam mengejar ekonomi Malaysia yang ketinggalan sekitar lima hingga 10 tahun. - Foto Astro AWANI
Malaysia dilihat tersisih dari pembangunan untuk digelar sebagai negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang diimpikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pakar ekonomi, Tan Sri Kamal Salih berkata kerajaan ketika ini berdepan cabaran baharu dalam mengejar ekonomi Malaysia yang ketinggalan sekitar lima hingga 10 tahun.
“Jadi mengapakah kita begini ketinggalan? Ia adalah satu persoalan besar kepada kerajaan baharu ini. Bagaimana kita menggerakkan semula tenaga, inspirasi, idea serta institusi untuk menjana kembali dan menggerakkan satu sistem yang boleh melonjakkan kepada landasan asal yang telah diolahkan Dr Mahathir,” katanya pada forum bertajuk ‘Membina Institusi Sosioekonomi yang Mapan untuk Mendepani Cabaran Abad ke-21’ seiring Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia yang berlangsung hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.
Ujarnya, punca utama kepada isu ini adalah disebabkan oleh kegagalan institusi.
“Dalam konteks ini, kerajaan memainkan peranan yang positif tapi apa yang menjadi masalah kepada negara kita adalah institusi-institusi yang kita harapkan itu telah mengecewakan kita.
“Tidak kira sama ada undang-undang, eksekutif, legislatif - semua perlu memainkan peranan yang sepatutnya.
“Penumpuan atau pemusatan kuasa eksekutif adalah punca utama kegagalan institusi-institusi negara kita dan ini adalah sesuatu yang kita patut cuba kukuhkan kembali,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Dr Mahatir menegaskan bahawa Malaysia tidak mampu mencapai status negara maju pada tahun 2020 sebaliknya beliau mensasarkannya dikecapi pada tahun 2025.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kamal Salih
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Perdana Menteri
#undang-undang
#undang-undang eksekutif
#undang-undang legislatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan