awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malindo Air tawar 10,000 tempat duduk percuma bagi raikan Hari Malaysia

Bernama
Bernama
12/09/2013
12:21 MYT
Malindo Air tawar 10,000 tempat duduk percuma bagi raikan Hari Malaysia
Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia, menawarkan 10,000 tempat duduk percuma satu hala bersempena dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Malindo Air berkata tempat duduk percuma itu tersedia untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang; Kuala Lumpur ke Johor Baharu; Kuala Lumpur ke Langkawi; Johor Baharu ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ke Jakarta dan Bali.
"Pengguna hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan yuran RM39 satu hala ke semua destinasi domestik dan RM75 satu hala ke Jakarta dan Bali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tempahan boleh dibuat mulai 13-22 Sept, 2013, untuk tempoh perjalanan sekarang hingga 30 Nov, 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan amat berbangga dapat mengambil bahagian dalam perayaan Hari Malaysia tahun ini dengan menyumbangkan 10,000 tempat duduk percuma untuk para penggunanya.
"Kami turut memperkenalkan penerbangan harian baharu kami dari Johor Baharu ke Kota Kinabalu dan sebaliknya, yang akan bermula 10 Okt," katanya.
Beliau berkata kekerapan penerbangan antara Johor Baharu dan Kota Kinabalu akan menyediakan perjalanan yang selesa untuk penumpang perniagaan dan pelancong dari kedua-dua Malaysia dan Singapura.
Untuk penerbangan baharu dari Johor Baharu ke Kota Kinabalu, Malindo Air akan memperkenalkan tambang kompetitif, bermula daripada RM99 satu hala inklusif semua untuk kelas ekonomi dan RM499 untuk kelas perniagaan.
Topic Berkaitan
#Malaysia at 50
#Malindo Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan