awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mandat Seksyen 107(B) berhubung penukaran agama anak diserah kepada Jamil Khir

Bernama
Bernama
01/07/2013
12:18 MYT
Mandat Seksyen 107(B) berhubung penukaran agama anak diserah kepada Jamil Khir
Mandat berhubung Seksyen 107(B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) 2013, cadangan membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa menukar agama anak di bawah umur kepada Islam, kini diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.
"Kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap suara dan pandangan rakyat yang berlainan agama dan budaya.
"Justeru itu kerajaan amat mengambil berat terhadap kebimbangan daripada sesetengah rakyat bukan agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap seksyen itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata justeru itu Jamil Khir akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat yang dikira menjurus kepada kebaikan semua pihak.
Mengikut cadangan pindaan Seksyen 107 yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat pada Rabu lepas, persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.
Topic Berkaitan
#Joseph Kurup
#Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam
#Seksyen 107(B)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan