awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM

Bernama
Bernama
05/12/2024
04:10 MYT
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Perdana Menteri berkata transformasi digital dan tenaga seharusnya memanfaatkan semua kelompok masyarakat. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
Beliau berkata kerangka belanjawan dan pembangunan negara harus seimbang, dan ia seharusnya memberi insentif untuk memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan, dan pada masa yang sama memastikan manfaat tersebut turut menyantuni golongan yang memerlukan.
Perdana Menteri berkata transformasi digital dan tenaga seharusnya memanfaatkan semua kelompok masyarakat.
Sehubungan itu Anwar menyarankan institusi seperti bank yang mencatat keuntungan besar menilai keadaan golongan termiskin yang bekerja.
"Apa makannya, rumahnya di mana, dan gajinya berapa...keluarga pemandu, keluarga penjaga yang paling daif.. ambil perhatian," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MoF), di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan2025
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#akar umbi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan