awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor, Pahang turun mendadak kepada 2,237 orang petang ini - Nadma

Bernama
Bernama
13/01/2024
10:30 MYT
Mangsa banjir di Johor, Pahang turun mendadak kepada 2,237 orang petang ini - Nadma
Di Johor, 611 mangsa berlindung di empat PPS di Mersing, 529 mangsa di empat PPS di Kota Tinggi, 227 mangsa di dua PPS di Kluang dan 89 mangsa di dua PPS di Segamat, 59 mangsa di sebuah PPS di Batu Pahat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang turun mendadak kepada 2,237 orang yang berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini, berbanding 5,666 orang di 41 PPS tengah hari tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 1,515 mangsa daripada 450 keluarga berlindung di 14 PPS di lima daerah di Johor dan 722 mangsa daripada 216 keluarga di lima PPS di Pahang.
Di Johor, 611 mangsa berlindung di empat PPS di Mersing, 529 mangsa di empat PPS di Kota Tinggi, 227 mangsa di dua PPS di Kluang dan 89 mangsa di dua PPS di Segamat, 59 mangsa di sebuah PPS di Batu Pahat.
Di Pahang, 570 orang berada di tiga PPS di Pekan dan 152 orang melibatkan dua PPS di Rompin.
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai di Johor mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Endau di Kluang.
Di Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin di Rompin juga mencatatkan paras bahaya, selain Sungai Perak di Hulu Perak (Perak), Sungai Arau di Arau (Perlis) dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu.
Laporan itu turut memaklumkan terdapat 53 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi, Johor; Jalan Bukit Besi - Dungun di Dungun, Terengganu dan Jalan Temerloh-Jerantut di Temerloh, Pahang.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#jumlah mangsa banjir
#banjir pahang
#banjir johor
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan