awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor semakin berkurang

Bernama
Bernama
11/04/2025
02:25 MYT
Mangsa banjir di Johor semakin berkurang
Gambar fail/Angkatan Pertahanan Awam
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menunjukkan penurunan dengan 210 mangsa daripada 65 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 290 mangsa daripada 96 keluarga, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa masih ditempatkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
Beliau berkata kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
"Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan untuk tiga daerah pagi ini iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
"Johor Bahru, Pontian dan Segamat pula dilaporkan hujan, sementara Kulai, Mersing dan Kluang berkeadaan mendung. Kota Tinggi pula dilaporkan cerah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata dua sungai turut dilaporkan berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat dengan bacaan 3.05 meter dan Sungai Batu Pahat pada paras bacaan 2.30 meter, serta lain-lain sungai di negeri ini menunjukkan paras normal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#PPS
#banjir johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan