awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak terus berkurang

Bernama
Bernama
05/10/2025
15:45 MYT
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat, manakala mangsa bencana itu di Perak terus mencatatkan pengurangan sehingga 10 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat, manakala mangsa bencana itu di Perak terus mencatatkan pengurangan sehingga 10 malam ini.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 169 orang daripada 52 keluarga, dengan dua PPS beroperasi di Kota Setar dan Pokok Sena.
  • Paras air Sungai Kedah di Kota Setar melepasi paras berjaga-jaga dengan bacaan 1.55 meter.
  • Di Perak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 26 orang daripada tujuh keluarga dan hanya PPS SK Matang masih beroperasi.

Di KEDAH, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 169 orang daripada 52 keluarga, berbanding 109 orang daripada 33 keluarga petang tadi.
Semua mangsa dari daerah Kota Setar dan Pokok Sena kini berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, yang menempatkan 76 orang daripada 24 keluarga dari Mukim Langgar/Limbong, serta Dewan Serbaguna Pokok Sena membabitkan 93 orang daripada 28 keluarga dari Mukim Gajah Mati dan Mukim Lesong.
Beliau berkata, paras air Sungai Kedah di Jabatan Lebuhraya, Kota Setar turut melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatat bacaan 1.55 meter berbanding paras amaran 1.5 meter.
Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) menurun kepada 26 orang daripada tujuh keluarga setakat 10 malam ini, berbanding 31 orang daripada lapan keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa kini berlindung di PPS SK Matang berhampiran Taiping, melibatkan penduduk dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang.
PPS SK Matang merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi selepas PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya ditutup semalam, manakala PPS SK Simpang dan PPS SK Matang Gelugor ditutup petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir kedah
#meningkat
#banjir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan