awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat pagi ini

Bernama
Bernama
22/02/2026
01:09 MYT
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat pagi ini
Tawau diisytiharkan dilanda banjir pada 11.30 malam tadi susulan hujan berterusan sekali gus menjadikan daerah berkenaan kawasan terbaharu yang terjejas akibat bencana itu. - Foto BERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 5,141 orang daripada 2,160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari empat daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara.
Tawau diisytiharkan dilanda banjir pada 11.30 malam tadi susulan hujan berterusan sekali gus menjadikan daerah berkenaan kawasan terbaharu yang terjejas akibat bencana itu.
Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,120 orang diikuti Kota Marudu (1,929 orang), Paitan (847 orang) dan Tawau (245 orang)
Banjir di keempat-empat daerah telah menjejaskan 80 kampung namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#hujan berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan