awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi GSF 2.0 tekad "pecah kesunyian", tangkis naratif palsu rejim Israel - Nadir Al-Nuri
Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Konflik Asia Barat: AS usahakan pelan damai baharu menjelang rundingan dengan Iran - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Sarawak buka PPS pertama

Bernama
Bernama
21/02/2026
09:59 MYT
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Sarawak buka PPS pertama
Beberapa buah rumah penduduk kampung ditenggelami air banjir ketika tinjauan di Pekan Paitan hari ini. - Foto Bernama
Situasi banjir di Sabah dilaporkan semakin memburuk petang ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan, manakala Sarawak mula mengaktifkan PPS pertamanya di Kuching.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan bahawa jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,652 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,768 orang pada 12 tengah hari tadi.
"Kesemua mangsa daripada 1,799 keluarga itu ditempatkan di 25 PPS di tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Kota Marudu dan Paitan.
"Daerah Pitas mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 2,013 orang (787 keluarga) berbanding 1,653 orang (621 keluarga) tengah hari tadi, manakala Paitan merekodkan peningkatan mendadak kepada 716 mangsa (234 keluarga) berbanding 192 mangsa sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di Kota Marudu, jumlah mangsa kekal seramai 1,923 orang daripada 778 keluarga.
Sementara itu, di SARAWAK, JPBN negeri itu menerusi satu kenyataan memaklumkan sebuah PPS dibuka di Masjid Darul Istiqlaal, Kampung Sungai Maong, Kuching pada 11 pagi tadi.
"Seramai 63 mangsa daripada 17 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan dan trend pemindahan mangsa ketika ini menunjukkan peningkatan," menurut kenyataan itu.
Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#banjir Sarawak
#mangsa meningkat
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan