awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir kilat di Sahom meningkat kepada 91 orang

Bernama
Bernama
12/01/2023
12:34 MYT
Mangsa banjir kilat di Sahom meningkat kepada 91 orang
Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak. - Foto JBPM
IPOH: Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Sahom, Kampar dekat sini, meningkat daripada 86 orang pagi tadi kepada 91 orang setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom menempatkan kesemua mangsa tersebut yang berasal dari Kampung Sahom.
PPS terbabit dibuka 9 malam semalam selepas kampung terbabit dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada sebelah petang semalam.
Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sahom
#Kampar
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan