awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa culik Abu Sayyaf dijangka dibawa pulang ke Sarawak esok

Bernama
Bernama
13/06/2016
03:19 MYT
Mangsa culik Abu Sayyaf dijangka dibawa pulang ke Sarawak esok
MOHAMAD FUZI: Mereka dijangka dibawa ke Sarawak esok dan polis akan uruskan proses membawa pulang mereka. -Gambar fail
Empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan pada Rabu lepas dijangka dibawa pulang ke Sarawak esok.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk proses dokumentasi hampir selesai.
"Polis ambil keterangan untuk kenal pasti siapa yang culik kesemua mereka dan beberapa perkara lain. Kita hampir selesai ambil keterangan mereka.
"Mereka dijangka dibawa ke Sarawak esok dan polis akan uruskan proses membawa pulang mereka," katanya kepada Bernama.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lepas.
Pada 9 Jun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua mereka yang dibebaskan sedang berada di Sandakan, Sabah untuk pemeriksaan kesihatan.
Pada Jumaat, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat individu terbabit mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.
Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#fuzi harun
#kumpulan militan
#rakyat Malaysia diculik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan