awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kelima nahas kereta, lori di Lebuhraya PLUS meninggal dunia

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2023
02:20 MYT
Mangsa kelima nahas kereta, lori di Lebuhraya PLUS meninggal dunia
Siasatan awal polis mendapati, kereta yang dipandu Muhammad Azib dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan apabila melanggar sebuah lori di Lebuhraya PLUS awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
KAMPAR: Kanak-kanak yang parah dalam kemalangan di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kampar, hari ini, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.
Terdahulu, media melaporkan empat beranak maut manakala seorang lagi parah, apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori tanah sebelum terbakar di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa yang maut ialah Azriyani Abdul Latif, 45, dan tiga anaknya, Muhammad Azib, 23 tahun, Siti Nur Aminah, 8 tahun, dan Ahmad Uwais Al Qorni, 5 tahun.
Muhammad Fawwaz, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tapah.
Mohamad Nazri dalam kenyataan sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Muhammad Azib dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian kereta berkenaan telah melanggar bahagian belakang lori di lorong sebelah kiri.
Katanya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kampar pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#nahas kereta-lori
#empat beranak maut
#Hospital Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan