awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa tanah runtuh Gunung Jerai dipercayai penggali emas - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/03/2020
23:05 MYT
Mangsa tanah runtuh Gunung Jerai dipercayai penggali emas - Polis
ADZLI: Dua mangsa itu telah melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Dua lelaki yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Jerai dipercayai sedang melakukan kegiatan menggali emas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata dua mangsa itu yang dikenali sebagai Md Noor Shaari, 68, dan Roslan Saidin, 52, telah melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka dipercayai menghentikan kerja penggalian pada 19 Mac lalu, namun datang kembali ke lokasi kejadian pagi tadi bagi meneruskan kegiatan berkenaan.
Pihak polis turut menemui kereta mangsa diletak berhampiran kawasan kejadian.
BACA: Operasi mencari dua mangsa tertimbus disambung pagi Isnin
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya masih menunggu bantuan jentera pengorek bagi mempercepatkan operasi.
Mohamadul Ehsan berkata seramai 38 anggota bomba termasuk sembilan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri terbabit dalam operasi.
Operasi mencari ditangguh sementara pada jam 12 tengah malam berikutan keadaan kawasan yang berbahaya dan struktur tanah tidak stabil dan disambung semula jam 8 pagi ini dengan menggunakan jentera pengorek.
Topic Berkaitan
#gali emas
#gunung jerai
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kerja penggalian
#mangsa dipercayai tertimbus
#Md Noor Shaari
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#Roslan Saidin
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan