awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas sembilan tan ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000

Bernama
Bernama
24/01/2022
02:25 MYT
MAQIS rampas sembilan tan ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000
MAQIS meminta semua pemain industri supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh kerajaan atau akan berdepan tindakan undang-undang.
KANGAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Padang Besar merampas sembilan tan ikan selar sejuk beku dari Thailand dianggarkan bernilai RM9,000, Jumaat lepas.
MAQIS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menahan sebuah lori sejuk beku yang membawa masuk ikan tersebut tanpa Permit Import sah di Unit Pemeriksaan Kargo MAQIS, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Padang Besar kira-kira 11 pagi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama," menurut kenyataan itu.
Menurut MAQIS, pihaknya dimaklumkan ikan selar sejuk beku tersebut mendapat permintaan tinggi di negara ini terutama di sekitar Selangor.
Sehubungan itu, MAQIS meminta semua pemain industri supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh kerajaan atau akan berdepan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#ikan selar sejuk beku
#LKIM Padang Besar
#lori sejuk beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan