awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS serah ayam, daging sejuk beku lucut hak kepada Zoo Negara

Bernama
Bernama
06/05/2021
20:16 MYT
MAQIS serah ayam, daging sejuk beku lucut hak kepada Zoo Negara
MAQIS berharap inisiatif itu dapat membantu pihak Zoo Negara dari segi bekalan makanan haiwan. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan produk ayam dan daging kerbau sejuk beku yang telah dilucut hak membabitkan kes dari bulan Jan sehingga Mac tahun ini kepada Zoo Negara.
MAQIS dalam kenyataan pada Selasa berkata sumbangan itu melibatkan sembilan tan ayam sejuk beku bernilai kira-kira RM72,000 dan 520 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai RM6,000.
Menurutnya kesemua ayam sejuk beku itu ditahan semasa cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam Kedah, manakala daging kerbau sejuk beku dari India pula cuba dibawa masuk melalui pintu masuk North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang.
MAQIS berharap inisiatif itu dapat membantu pihak Zoo Negara dari segi bekalan makanan haiwan.
"Pihak MAQIS sangat komited membantu Zoo Negara dalam memastikan bekalan makanan haiwan mencukupi selain terus memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Ayam
#daging kerbau
#sejuk beku
#Zoo Negara
#Bukit Kayu Hitam
#north butterworth container terminal
#NBCT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan