awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/04/2022
03:20 MYT
MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40
Azizah (kiri) memberikan sumbangan kepada kanak-kanak golongan B40 ketika selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana MARA Sabah 2022. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sebanyak 400 komputer riba serta tablet diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi Program MARACare di bawah pelaksanaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pemberian peranti berkenaan membabitkan 300 tablet dan 100 komputer yang melibatkan penyerahan di seluruh negara
"Kita tadi memberikan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran Mara yang program itu kita namakan MARACare. Ini merupakan bantuan pelajaran kepada pelajar daripada golongan B40," katanya.
Beliau berkata demikian ketika selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana MARA Sabah 2022 pada Rabu.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan), Rohayah Mohd Zain.
Sementara itu, Azizah memaklumkan pihaknya akan meneruskan program seumpama itu dalam memastikan semua pelajar mendapat kemudahan sebaik mungkin agar memudahkan sesi pembelajaran masing-masing.
"Kita akan meneruskan lagi program kita untuk membantu anak-anak daripada keluarga B40 supaya mereka mendapat peranti untuk melaksanakan kerja-kerja mereka," jelasnya.
Terdahulu, Azizah menyerahkan enam buah komputer riba kepada anak angkat YPM selain menyampaikan sumbangan buat golongan asnaf.
Topic Berkaitan
#Komputer Riba
#tablet
#MARA Care
#YPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan