awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina

Bernama
Bernama
26/06/2024
08:37 MYT
Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina
Operasi pada 6 petang Selasa mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina. - Maritim Malaysia via Sinar Harian
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 46 tong berisi minyak petrol bersubsidi berjumlah 1,150 liter ditinggalkan dalam sebuah bot di perairan Pulau Berhala dekat sini yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina, semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata sepasukan anggota yang melaksanakan operasi pada 6 petang mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.
"Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot itu berhenti menggunakan siren dan pembesar suara untuk pemeriksaan, namun bot terbabit tiba-tiba mengubah arah menuju ke Pulau Berhala, kemudian memecut laju menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Suhairy berkata pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu didapati didaftarkan atas lesen perikanan dan siasatan lanjut menemukan tong minyak petrol tersebut.
"Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah lebih RM16,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petrol bersubsidi
#seludup
#Filipina
#maritim
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan