awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia rampas dadah RM106 juta, rampasan terbesar di Malaysia

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/12/2020
08:22 MYT
Maritim Malaysia rampas dadah RM106 juta, rampasan terbesar di Malaysia
Pemeriksaan menemui 130 guni mengandungi 1,998 paket dadah jenis Methamphetamine yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina. -Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan merampas 2.19 tan Methamphetamine bernilai RM105.9 juta.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata rampasan dibuat di perairan Pulau Pinang di kedudukan 5.3 batu nautika selatan Pulau Kendi, Teluk Kumbar pada Rabu.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menahan sebuah bot rekreasi sepanjang 12.4 meter yang sering digunakan untuk membawa pemancing pada ja 11.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan kemudian menemui 130 guni mengandungi 1,998 paket dadah jenis Methamphetamine yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di Malaysia dan Indonesia.
"Pasukan kita menahan seorang lelaki di dalam bot itu. Siasatan mendapati dia berperanan mengambil dadah yang telah diisi dalam bot di kawasan perairan antarabangsa dan menerima upah RM10,000 bagi setiap perjalanan membawa masuk dadah tersebut.
"Modus operandi digunakan adalah suspek membawa bot kosong ke tengah laut sebelum menukar bot lain yang sudah diisi dengan dadah sebelum membawanya ke daratan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Katanya, suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke laut ketika serbuan Maritim Malaysia namun dia berjaya ditahan.
Beliau berkata, lelaki itu mengaku ini kali ketiga dia membawa dadah seperti itu dengan penghantaran sebelum ini membabitkan pelbagai jenis dada seberat satu tan pada Oktober dan November lalu.
Beliau berkata semua dadah itu dipercayai akan diagihkan kepada rangkaian sindiket termasuk untuk diseludup semula ke negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia kerana harga pasaran di sana lebih mahal iaitu tiga kali ganda berbanding Malaysia.
Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Mohd Zubil berkata, dadah itu adalah rampasan terbesar Maritim Malaysia sejak agensi berkenaan ditubuhkan, malah ia juga menjadi rampasan terbesar pihak berkuasa Malaysia tahun ini.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Maritim Malaysia
#rampasan terbesar
#methamphetamine
#100 juta
#Mohd Zubil Mat Som
#bot rekreasi
#pemancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan