awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan dua bot tunda Indonesia cuba ceroboh perairan negara 

Bernama
Bernama
07/04/2026
05:03 MYT
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda Indonesia cuba ceroboh perairan negara 
Kedua-dua bot ditahan menerusi Op Jaksa, Op Todak 2/2021, Op Jangkar Haram, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut. - Gambar/ Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot tunda dari Indonesia kerana disyaki memasuki perairan negara tanpa kebenaran sah pada Ahad lepas.
Pemangku Pengarah Maritim Malaysia Johor Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata kedua-dua bot ditahan menerusi Op Jaksa, Op Todak 2/2021, Op Jangkar Haram, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut.
“Bot PETIR 11 menahan bot tunda pertama pada kedudukan 16.5 batu nautika timur laut Tanjung Punggai kira-kira 12.30 tengah hari, manakala bot PETIR 12 kemudian menahan satu lagi bot di kedudukan 3.1 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop kira-kira 6.50 petang hari sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kama Azri berkata kedua-dua bot terbabit tidak memiliki dokumen kebenaran untuk memasuki atau beroperasi di perairan negara sebagaimana dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Beliau berkata perintah penahanan awal telah dikeluarkan dan kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi siasatan dan tindakan lanjut.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor melalui talian 013-7001235 untuk tindakan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Malaysia
#bot Indonesia
#kapal indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan