awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tumpaskan sindiket bom ikan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/05/2018
09:20 MYT
Maritim Malaysia tumpaskan sindiket bom ikan
Pemeriksaan lanjut mendapati empat kru dalam lingkungan umur 25 hingga 32 tahun berada di atas bot pancung tersebut.
Tindakan empat individu yang menggunakan bom ikan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah, berjaya ditumpaskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15), semalam.
Pengarah Maritim Zon Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Api di sekitar perairan Pulau Gaya telah mengesan sebuah bot pancung yang mencurigakan memasuki kawasan Perairan Pulau Mengalum.
"Melihat bot yang dalam keadaan mencurigakan itu, bot peronda Maritim telah menahan dan membuat pemeriksaan kira-kira 5 petang.
"Pemeriksaan lanjut mendapati empat kru dalam lingkungan umur 25 hingga 32 tahun berada di atas bot pancung tersebut. Kesemua mereka juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.
Ikan-ikan yang kelihatan hancur akibat aktiviti pengeboman ikan.
Ikan-ikan yang kelihatan hancur akibat aktiviti pengeboman ikan.
"Bot pancung itu juga tidak memiliki lesen selain menemui 50 kilogram ikan yang disyaki ditangkap menerusi kaedah pengeboman ikan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Adam memberitahu, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan manakala bot pancung itu dirampas.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#API
#APMM
#bom
#bom ikan
#bot
#Bot pancung
#bot peronda Maritim
#Imigresen
#Kota Kinabalu
#Maritim Malaysia
#Op Api
#Perairan Pulau Gaya
#siasatan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan