awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/01/2021
21:13 MYT
Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Kesemua bubu naga yang disita dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk melalui proses undang-undang bagi mendapat perintah lucut hak dari mahkamah. - Foto Maritim Malaysia
KUALA KURAU:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya merampas 23 set bubu naga di kedudukan 0.6 batu nautika timur laut Bagan Tiang, dekat sini kira-kira jam 3.05 petang semalam.
Ketua Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang ini berleluasa di kawasan terbabit.
Menurutnya, bubu naga yang melebihi dua injap itu tidak dilesenkan penggunaannya berdasarkan pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
“Pada tahun lepas sahaja Maritim Malaysia telah merampas sebanyak 1,415 set bubu naga dan telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Penggunaan bubu naga boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif serta penggunaannya telah mencetuskan konflik sosial dan pertelingkahan di antara pengusahanya dan pengusaha pukat hanyut serta pengusaha bot pukat tunda, kerana ia dipasang di antara jarak dua hingga sembilan batu nautika dari pantai.
Mohd Sharenliza berkata, kesemua bubu naga yang disita dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk melalui proses undang-undang bagi mendapat perintah lucut hak dari mahkamah.
Zon Maritim Kuala Kurau menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.
Topic Berkaitan
#bubu
#rampas
#bubu naga
#Kuala Kuaru
#maritim
#pukat hanyut
#Mohd Sharenliza Ghazali
#nelayan
#aktiviti dilarang
#lesen
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan