awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
04/09/2024
13:34 MYT
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal pasir yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung di Pulau Indah, Klang pada 2.18 pagi tadi. - Foto Facebook APMM
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal pasir yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung di Pulau Indah, Klang pada 2.18 pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kapal pasir tersebut yang didakwa berlabuh di lokasi itu sejak beberapa hari lepas sebelum menggerakkan bot ronda Maritim untuk membuat pemeriksaan.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu dikendalikan oleh nakhoda berumur 36 tahun bersama seorang kru, kedua-duanya warga Indonesia manakala enam yang lain merupakan warga China berumur antara 30 hingga 65 tahun.
"Mereka juga gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh dan kesemua mereka dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Selangor
#tahan kapal pasir
#Sungai Kembung di Pulau Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan